Thursday, August 19, 2010

Indonesia Yang Tidak Sedar Diri



Bukan main seronok nampaknya keparat-keparat Indonesia di Jakarta merusuh sehingga merosakkan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia yang terletak di Kuningan, Jakarta. Semua berlaku akibat penangkapan tujuh orang nelayan Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia berhampiran perairan Bintan, Riau 13 Ogos yang lepas. Polis Cawangan Marin Malaysia melepaskan dua tembakan amaran ke udara dalam usaha menyekat penangkapan tersebut dan menahan tiga pegawai Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia atas tuduhan menceroboh ke perairan Malaysia kembali.


Menurut sumber dari Utusan Malaysia, Malaysia mendakwa bahawa nelayan-nelayan terbabit sebenarnya dipaksa masuk ke perairan Indonesia oleh pihak berkuasa mereka sebelum bertindak menahan tujuh orang tersebut.

Dan rentetan dari peristiwa ini, muncullah jagoan-jagoan Indonesia yang berdemonstrasi lagak seperti orang gila di Kedutaan Malaysia. Bukanlah sesuatu yang jelek mereka berkelakuan 'kayak' beruk kerana selalu sangat kita lihat mereka merusuh. Kes seperti lagu 'Rasa Sayang Hey' pun sampai merusuh, kononnya Malaysia 'merampok' lagu tradisi mereka.

Seingat aku, belum ada demonstrasi bantahan yang orang Malaysia buat di Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia mahupun di Konsul Jeneral Indonesia yang bersepah di negara kita. Dan berulang kali nelayan-nelayan asing terutamanya dari Thailand dan Vietnam ditahan kerana menceroboh perairan negara tetapi tidak pernah pula kita dengar rakyat Thailand merusuh menbantah. Rasanya rakyat Indonesia ini kurang kewarasannya.

Sekiranya benar sekalipun gerombolan nelayan Malaysia berkenaan dengan tidak sengaja dan tidak menyedari mereka telah menceroboh perairan Indonesia, walaupun peribahasa 'terlajak perahu boleh diundur', tindakan menahan mereka adalah kurang wajar rasanya. Mereka boleh diusir dengan memberi amaran untuk meninggalkan lokasi penangkapan hasil laut ketika itu, dan diberi amaran. Bukan dengan menahan mereka tanpa budi bicara.

Jangan fikir nelayan Indonesia tidak pernah menceroboh perairan Malaysia. Bukan setakat menceroboh, ada yang mendarat di pesisir pantai Malaysia ataupun berenang ke daratan, sehingga berumahtangga dan beranak-pinak di sini. Pernah orang Malaysia buat rusuhan? Tidak.

Oh. Sebelum lupa. Ketika darurat di Malaya dahulu, pihak British menawarkan hadiah dalam bentuk wang ringgit walaupun dibayar dalam Pound Sterling kepada sesiapa yang dapat menahan atau membunuh penjenayah komunis yang berpangkat tinggi. Lagi tinggi darjatnya dalam organisasi Parti Komunis Malaya, lagi besar hadiahnya. Maka, ramailah ahli-ahli komunis sendiri yang belot untuk mendapatkan hadiah. Patutlah bangsa berkenaan dari turun-temurun kaya-raya. Kemudian, sekarang bukan main tidak sedar diri mohon dihapuskan hak-hak istimewa Melayu. Jadi, tiadalah bezanya Cina Malaysia dan rakyat Indonesia. Kedua-duanya tidak bersyukur dan tidak sedar diri.

Sumber gambar: Lantaklah aku curi kat web mana pun. Kau kan panggil kami Malingsia. Jadi aku pun 'maling' gambar dari web negara kau yang aman makmur sejahtera.

2 comments:

nurmisnan said...

salam RR
melampau sikap org indonesia ni
membakar bendera Msia hanya
kerana perkara itu..

mcm2 manusia ada ya...

jon azizul said...

kalau ikot kan, bukan 1st time indon bakar bendera msia dan buat rusuhan... kalau google, macam2 peristiwa dorg nak berdemonstrasi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails