Wednesday, August 18, 2010

Kealpaan Ataupun Kekurangan Kewarasan

Pernah berkunjung ke pasaraya? Tipulah jika tidak pernah langsung.

Dan pemandangan-pemandangan di bawah ini selalu sangat kelihatan.


Ada segelintir makhluk perosak berketurunan manusia gemar sangat meletakkan barang-barangan yang pada mulanya ingin dibeli di tempat yang tidak sepatutnya. Contoh terbaik seperti gambar di atas. Adakah wajar cecair pengilap kereta dicampur bersama minuman yogurt?

Selalunya pengunjung-pengunjung pasaraya akan mengambil barang-barangan dan dicampak ke dalam troli namun berpatah arang jikalau terjumpa jenama lain yang lebih murah ataupun menyedari diri kekurangan modal. Dan perkara paling mudah ialah dengan meletakkan barangan yang tidak dikehendaki di rak-rak yang terdekat. Jika terlihat minuman yogurt di rak serbuk pencuci, itu adalah fenomena biasa, tapi sedarkah mereka jika produk seperti minuman yogurt sekiranya tidak diletakkan di peti sejuk akan basi dalam tempoh beberapa jam?



Downy bukan sahaja menimbulkan aroma wangi terhadap pakaian yang dicuci tetapi juga turut boleh diminum begitu sahaja. Cubalah......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails