Monday, August 23, 2010

Surat Khabar @ Surat Iklan

Seorang cucu sedang menemani datuknya di beranda pada suatu pagi yang sudah menjengah ke tengah hari.

Cucu: Atuk tengah buah apa tu?

Datuk: Ni ha. Atuk tengah baca surat khabar ni. Nak tahu gak perkembangan semasa.

Lima minit kemudian, si cucu pelik dengan tingkah laku datuknya yang membelek mukasurat surat khabar dengan pantas. Lagi pelik apabila datuknya menterbalikkan surat khabar itu.

Cucu: Kenapa atuk? Ada masalah?

Datuk: Tak ada masalah.

Cucu: Atuk tak nampak ke? Biar saya ambilkan cermin mata atuk.

Datuk: Eh, tak payahlah. Atuk nampak. Cuma pelik, tak sangka dalam masa lima minit atuk dah boleh habiskan baca surat khabar. Sebab itu atuk tercari-cari manalah tahu ada berita yang atuk tertinggal belum baca lagi. Alih-alih atuk tengok si A berjaya turunkan 50kg dalam masa sebulan. Kemudian Si B berjaya mengurangkan kesan parut jerawat dalam 3 minggu. Dan yang lagi satu, ada seorang doktor yang rambut ke depan belah tengah ni. Pelik la...

Cucu: .....

Ya. Benar. Surat khabar sekarang beritanya hanya 35%. Yang selebihnya iklan. Sepatutnya dah ditukar nama.

SURAT IKLAN

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails