Friday, March 13, 2009

Muzik di Malaysia: Sarkas

Bila Freddie Fernandez buat permintaan utk tetapkan kouta 90:10 utk muzik tempatan dan dari seberang, aku gelak besar. Sbb ape??? Tak paham nape perlu ada sekatan utk bermuzik. Relax la brader. Kalo lagu sdp, ramai yg suka. Tapi kalo lagu mcm Eddie Hamid, tangkap lentoq, sure menangis, jiwang gila, org tua nyanyuk pon tak kuasa dgr. Betul tak???

Encik Freddie ckp, pejuang2 seni termasuk syarikat2 rakaman tak dapat buat duit dlm bidang ni. Mksd nye, sume yg terlibat dlm bidang seni la. Tak kira la artis ke, pengurus ke, PR ke. Tipu la tak buat duit. Diorang sume ni pandai amik kesempatan sebenarnye. Duit buat byk ape. Tak caye???

Awal 90-an, masa zaman2 rock kapak hampir jatuh, trend kat Malaysia semua nak buat grup2 remaja. Kuar la sume Feminin (gaya rmbt mesti sama), KRU, M'steen (mangosteen kot), Res2, Nico, 4U2c (kasi lu org tgk) dan mcm2 lagi. Masa tu org tgh gila2kan grup2 camni. Semua syarikat rakaman ada artis masing2. Tapi tgk la, sape yg kekal??? KRU je.

Masuk tgh2 90-an, ni part yg paling best. Kuar band2 jiwang. Spoon, Spin, Sup, Suparjo, Spandex, Sifutongga (yg ni aku tipu). Lagu sume nak leleh2. Radio Muzik tu, kalo siaran 24jam, lagu2 camni la yg penuh. Lirik dah la ntah2ape. Ku ku ku ku derita, kau kau kau dah berubah. Gagap ke ape??? Haha. Tapi bukan main org ikot lagi. Respek gak la aku sbb lagu2 camni masih berkumandang skrg ni. Tapi sume minus1. Sbb yg asyik pasang lagu2 jenis ni skrg tu ha, karaoke jamban. Bleh kira evergreen la ni.

Tak lama pastu, kuar la band2 muka jambu, jiwang2, rambut kena belah tgh. New Boyz, Q'Face la ntah ape2 lagi. Ha lagi satu, Boboy. Antz pn ada (sori Fairuz...haha). Muka kena jambu. Tak jambu tak leh beb. Bila jambu, main gitar tak reti pon takpe. Recording org lain bleh buat. Show bleh psg minus1. Aku penah tgk New Boyz punye drummer main tamborine je tapi bleh kuar sound drums masa show kat tmpt aku. Kalo dah tak reti main live, jgn bawa gitar2 tu. Kuarkan vokalis je la. Kekal sampai skrg tak band2 ni??? Adalah satu dua.

Time ni gak nasyid naik. Tapi aku respek Raihan, Rabbani, Hijjaz. Raihan dapat ranking no 1 dlm carta RIM berbulan2. Masa tu tahun 1997. Tapi bila awal tahun 2000, kuar team2 nasyid jiwang mcm UNIC, In-team, mcm2 lagi. Lagu mesti kena ada lagu cinta. Belambak kumpulan yg kuar tapi tak byk pon yg kekal. Tak perlu sogok dgn lagu2 cinta utk nasyid. Raihan dgn nasyid tradisional, guna percussions je, sampai ke Russia, UK dan Afrika Selatan gak. Tapi skrg tanpa Nazrey Johanni, mcm tempang gak la skit. Rabbani dgn nasyid yg maju. Berani, tapi org komen tak sesuai dgn nasyid muzik nye. Ok je bg aku. Hijjaz, vokal mmg hbt. Mmg patut salute.

Lps tu, tanpa syak wasangka lagi, masa utk rancangan realiti. Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One In A Million, Mentor, Gangstarz, Mystars LG, Audition (NTV7). Sampai Bintang RTM pon nak guna sms gak mcm rancangan lain. Sedangkan dulu Jamal Abdillah, Allahyarham Sudirman bahkan Siti Nurhaliza tak merasa zaman sms ni, tetap boleh berjaya gak. Menang Bintang RTM atas undian juri. Semua rancangan realiti ni boleh buat untung besar. Satu sms dah 50sen. Bygkan kalo 1juta undi utk satu mlm je??? Eh, bukan satu malam. Dah buka undi seminggu utk penonton undi. Yg kritikal nye, belum buat persembahan dah boleh undi. Kalau mlm persembahan tu hampeh, undian sms tu boleh ke ditarik balik??? Tak kan...Dah untung kat situ.

Juri lak kerja nye senang je. Puji. "Dik bagus dik, penghayatan camni yg akak suka." "Aku suka ko ni, gaya ko menarik." Puji hbs2. Nanti org akan undi. Juri pon dapat bahagian masing2. Bila ada juri yg komen peserta menyanyi menyalak mcm anjing, sume org tuding jari. Ckp juri celupar. Sedangkan tu realiti. Kena la terima. Nama pon realiti tv. Bila nak disingkirkan, semua pakat menangis ramai2. Mcm la ko tak jumpe blk pastu kat blkg stage. Aku bagi idea la kalo nak bagi tragik skit time peserta kena singkir, sape yg kuar kena tembak. Baru semua menangis terlolong2 sbb tak jumpe dah pastu. Betul tak???

Sms sms sms. Sampai rancangan pertandingan memasak pon nk kena sms. Pertandingan Maggi mencari Bintang, penonton kena undi. Tapi atas dasar ape penonton undi??? Bukannye bleh rasa ape yg diorang masak. Ntah2 rasa ape masakan tu, hantam saja la labu undi. Kritikal kan???

Satu je realiti tv yg aku respek. Akademi Al-Quran. Tak de undi sms. Sbb TV9 rasional. Benda mcm ni, tak semua org dapat nilaikan. Org Malaysia masih buta seni. Caye la ckp aku. Nanti aku post lagi nape aku ckp camni.

Tapi jgn lupa, TV9 gak yg ajar makcik2 kat luar sana mencari jodoh utk anak teruna mereka melalui TV. Program Mencari Gadis Melayu. Tak payah cari. Belambak kot. Mana pupus lagi gadis Melayu.

Skrg zaman muzik indie lak. Ape la yg korang dgr sampai minat sgt indie ni??? Atas apa penilaian anda??? Aku tak nafikan ada band yg bagus tapi kebanyakkan nye main lagu yg bdk sklh form1 pon bleh main. Caye la.

Kritikal kan seni kat sini??? Seasonal. Bermusim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails