Thursday, March 19, 2009

Pro & Kontra

Ada dua tanggapan org bila jawatankuasa disiplin UMNO umumkan kes alah laku politik wang dalam parti:

1) Yg Baik

Org ramai akan rasa Umno tegas dan benar2 nak berubah utk menang hati org ramai balik. Nmpk keikhlasan nak hapuskan gejala barah politik wang dalam parti. Bagus la. Tapi jgn pilih kasih kalau nak amik tindakan tu.

2) Yg tak baik

Org ramai akan nmpk sgt yg Umno ni parti korup. Sampai nak guna duit nak mng dlm pemilihan agung nanti. Org2 pembangkang skrg mesti dah bgn dari tmpt duduk dan tepuk tgn bertalu2 ala2 cite hindustan bila tgk org buat persembahan. Mesti dah gelak guling2 tgk ape yg jadi dlm Umno. Parti yg dicanang sbg hero utk memerdekakan negara.

Mak abah aku org Umno. Sepatutnya aku pon org Umno. Tapi aku jijik dgn ape yg jadi skrg ni. Selagi org2 Umno tak berubah, selagi tu aku takkan sokong Umno. Malu. Bodoh. Gila duit. Sama je yg bakal diundi dan bakal mengundi.

Yg bakal mengundi, tadah tgn utk dpt insentif utk sokong calon tertentu. Yg bakal diundi, berterima kasih kalau mng sbb duit akan masuk. Aku tak paham bila dah tercalon, semua org gembira sbb kalau mng akan dapat tanggungjawab yg berat. Dulu kat sekolah, masa aku jadi pengawas, aku dapat tanggungjawab, aku tak gembira langsung sbb aku tau aku ada tugas yg berat. Ni sebaliknya. Bila dapat tanggungjawab, lagi gembira. Sebab lagi senang nak songlap duit. Kan???

Bila A kena tindakan, I nasihat supaya suruh sabar sebab dia pon pernah lalui perkara yg sama. Yg bodohnya, nape wartawan pegi tanya I. Dah tentu dia pon pernah buat benda yg sama dulu. Dia langsung tak layak bagi nasihat.

Bila A kena tindakan, MMT lak bagi nasihat supaya akur dgn keputusan jawatankuasa. Tapi, dia pon tak layak utk bercakap. Sebab dia pon ada kes dulu. lagipon mesti la dia akan cakap camtu sbb lagi senang la dia nak bertanding nanti dah kurang satu lawan.

Bila la nak setel benda2 camni??? Memalukan kat pembangkang dan memalukan kat kaum lain. Betapa sangap nye org melayu dgn pangkat sampai sanggup gadai maruah. Masalahnye kalau setakat gadai maruah diri, aku tak kisah. Tapi ni gadai maruah bangsa melayu. Dan bila tergadai maruah bangsa melayu, ni melibatkan aku. Sebab aku pon MELAYU!!!!!

Kenapa org Umno tak pernah langsung rasa malu??? mana ada parti dalam negara ni bila buat perhimpunan agung siap dapat liputan dalam TV. Kalau berita sejam, 35 minit cerita pasal Umno je. Ape lagi yg org Umno nak??? Tu pon perilaku tak nak jaga.

Masa aku belajar sejarah dulu, aku kenal org umno ni hebat. berjuang memerdekakan negara. Bantah Malayan Union. Tentang penjajah. Tapi mungkin dalam buku teks sejarah cucu aku nanti, parti Umno akan dicatatkan sbg parti yg amat jijik maruah nye. Nak jadi camni???
Kalau tak nak, mula perubahan dgn segera. OK???

Aku sekadar beri pandangan. Atas muka bumi ni, aku kecik je. Macam semut. Kalau sekor, manusia boleh jentik je. Tapi bila byk, boleh gigit manusia. Jadi, sekecil2 aku dan org lain kat negara ni, kami boleh buat perubahan yang mendadak. Kalau tak nak, berubah cepat.

Mak aku suruh aku daftar keahlian Umno. Biar aku berfikir untuk kali ke 78 untuk masuk atau tak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails