Friday, June 11, 2010

Isu Judi Bola Sapak



Semua terkejut apabila Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Adek Awang Hussein mencadangkan untuk memberikan lesen perjudian bolasepak sempena Piala Dunia ini.

Paling lantang bersuara adalah dari puak berserban putih. Malah, ada gak lah yg bukan beragama Islam pun dari pihak sebelah sana turut menentang sedangkan diri sendiri pun belum tentu bebas daripada judi. Hipokrit.

Cuba buka mata, luaskan permandangan. Memang judi itu haram di sisi agama Islam, boleh membawa sehingga keruntuhan institusi keluarga jika terlalu taksub. Tapi perkara ini menjadi kecoh kerana seorang Islam yg membuka mulut untuk memberi lesen perjudian itu. Jikalau yg menyebutnya bukan Islam, pasti tidak bergendang seluruh negara membantah.

Perkara ini amat mudah. Judi itu boleh dilesenkan, TETAPI janganlah umat Islam yg gatal tangan untuk mengambil bahagian. Harus diingat, Malaysia ini berbilang kaum, berbilang agama. Jadi, hak org bukan Islam pun perlu dijaga. Jika mereka mahu berjudi, itu hak mereka. Jadi pak lebai semua jangan lah berjudi.

Kalau mahu dikatakan cukai hasil dari perlesenan ini haram, macam2 sumber haram lagi dah masuk dalam poket kita. Contohnya, restoran makanan Cina di Kelantan menyediakan alkohol untuk pelanggan2nya. Cukup tahun, restoran berkenaan membayar cukai pintu, cukai pendapatan, memperbaharui lesen perniagaan. Jadi, bolehkah pemilik restoran itu mengasingkan pendapatan yg mana datang dari makanan yg mana datang dari arak? Sudah tentu hasil itu juga yg digunakannya untuk membayar cukai2 berkenaan. Jadi, jgn anggap negeri Serambi Mekah itu bebas daripada duit haram.

Situasi di Malaysia ini senang sahaja. Jika perkara yg diusulkan pihak kerajaan, pihak pembangkang akan terus bangkang. Jika perkara diusulkan oleh pihak pembangkang pula, pihak kerajaan terus tidak bersetuju. Walaupun kadang2 ada kebaikan dalam perkara yg dicadangkan. Pernah lihat orang dalam pertandingan perbahasan pihak kerajaan menyokong apa yg dilaungkan pihak pembangkang?

Kesimpulan, perlesenan judi boleh diteruskan tetapi penguatkuasaan terhadap org Islam perlu tegas. Tak perlu penguatkuasaan pun sebenarnya, kenalah ada kesedaran sendiri yg judi itu haram hukumnya. Kalau semua sedar, pasti tidak akan terlihat permandangan pakcik tua berkopiah putih beratur si kedai Sport Toto lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails