Saturday, July 3, 2010

FAM Lagi...

Beberapa minggu yang lalu heboh se-Malaysia kononnya pasukan bolasepak dari Liga Primera Sepanyol iaitu Real Madrid bakal bertandang untuk menjalankan perlawanan persahabatan bersama pasukan bawah 23 tahun kebangsaan. Perlawanan ini juga kononnya bakal menjadi pentas ujian pasukan kebangsaan yang bakal berentap di Sukan Asia lewat tahun ini.

Namun, peminat-peminat bolasepak yang ingin menyaksikan kelibat pemain-pemain pujaan mereka (semestinya daripada pasukan jemputan) berasa kecewa kerana perlawanan tersebut telah dibatalkan. Demi menjadikan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari luar tercapai, FAM telah menyusun perlawanan bersama kelab dari England iaitu Cardiff City. Pasukan ini dimiliki oleh hartawan dari Malaysia berbangsa Cina.

Namun, seperti meneruskan nasib malang Malaysia dalam bolasepak, perlawanan menentang Cardiff City turut dibatalkan. Akhirnya, tinggallah perlawanan menentang skuad Olimpik Korea Selatan. Mengikut sumber dari FAM sendiri, pasukan Olimpik Korea Selatan turut dibarisi oleh beberapa pemain yang mewakili negara itu di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

Tunggu dan lihat sahajalah, benar atau tidak pasukan itu dibarisi bintang Piala Dunia mereka. Jika benar sekalipun, setakat pemain yang mengisi bangku simpanan dan tidak langsung beraksi di Afrika Selatan, tidaklah sehebat mana pun.

Hantarlah sehingga ke hujung dunia pun, tentanglah pasukan Brazil sekalipun, pasukan bolasepak Malaysia hanyalah pasukan yang dibarisi oleh pemain yang cuma sayangkan rambut cacak mereka, bukan bersemangat kental seperti pasukan Korea Utara di Piala Dunia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails