Thursday, July 22, 2010

Floria Putrajaya 2010 (Episod 2)


Lokasi: Festival Bunga & Taman Putrajaya 2010 (Floria)
Tarikh: 17hb Julai 2010
Ahli: 2 orang (Azizul & Farazura)
Perkakasan: Kamera digital Nikon Coolpix L4 (pelekat bintang-bintang), Kamera Telefon Bimbit LG
KF300 dan Topi yang Dibeli Di Tapak Bazar Floria
Bahan Bakar: Nasi Lemak Lazat Buatan Sendiri, Air Perasa Oren dan Teh Earl Grey
Cuaca: Panas-panas Manja


Seperti yang dijanjikan, sekali lagi lawatan ke Floria diadakan disebabkan belum puas berpusing-pusing dan berputar-putar pada minggu sebelumnya. Kali ini, kami sampai lebih awal dan sempat mengisi perut terlebih dahulu sebelum mengerah keringat dan membakar lemak masing-masing.

Yang dapat diperhatikan, jumlah kehadiran pengunjung pada hari ini amat meningkat berbanding pada minggu sebelumnya. Mungkin pada hari tersebut adalah hari kedua terakhir pameran jadi orang ramai mengambil peluang untuk berpusu-pusu berkunjung. Dan disebabkan pergerakan orang ramai yang sukar dikawal, banyak gambar yang diambil telah diganggu oleh orang yang lalu-lalang tanpa segan silu ketika jari memicit punat kamera. Agak mengecewakan tapi apa boleh buat, kena terima kenyataan. Hahaha. Berbekalkan kamera biasa dan dua set bateri saiz AA, pengembaraan untuk merakamkan gambar bunga-bungaan tempatan dimulakan tanpa memikirkan cuaca yang panas terik.

Bukan setakat gambar bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan sahaja yang diambil, Cik Farazura juga telah bertindak sebagai seorang model yang semi-pro tanpa kekok menggayakan topi yang baru dibelinya. Bukan setakat itu, dalam keterujaan mengelilingi tapak pameran, sempat juga beliau membeli 3pasang kain songket... Untuk gambar beliau, sila lawati laman Facebooknya.

Dua hari sebelum tamat pameran, kebanyakan bunga-bungaan kelihatan layu. Mungkin kurang siraman air ditambahkan pula dengan cuaca yang panas. Di bawah disertakan beberapa keping gambar yang dipilih daripada 500 keping gambar yang sempat dirakamkan pada hari tersebut. Gambar-gambar ini adalah gambar asal tanap suntingan sedikit pun. Maaf beberapa gambar diburukkan dengan bayang-bayang orang yang tiba-tiba melintas....













Tiba-tiba ada entiti yang muncul dari sebelah kanan....

Kakak dan anaknya itu bolehlah dianggap sebagai model jemputan...

Yang ini pokok bonsai.
















Kenapa aku tidak pernah ambil gambar padi di sawah belakang rumah aku? Tak pernah tahu pokok padi pun cantik. Hahahaha.








Periuk kera. Mungkin kerana kera yang terlebih dahulu menjumpai tumbuhan ini. Harap maaf. Jika anda yang menjumpai periuk ini sebelum kera, pasti periuk ini disertakan nama anda di belakangnya.



Kenapa harus engkau melintas pakcik berkopiah?






Err. Tiada komen untuk siapa yang melintas.








Berulang kali aku cuba ambil gambar bunga ini. Akhir sekali putus asa kerana ada yang melintas. Marah? Oh tidak...









Tersingkir dari jambangan....







Makcik, kenapa engkau harus melintas? Rosak betul gambar ini. Dah set cantik dah. Hatdoi....

Ini gambar kegemaran Cik Farazura....

Akhirnya, gambar pilihan aku. Hahaha. Temanya 'Batang dan Bunga', tak pun 'Beauty and The Beast'.


Di sini, saya ingin membuat seruan untuk sesiapa yang berhati mulia agar dapat menghadiahkan dan menyumbangkan kamera DSLR. Belum puas lagi bereksperimen dengan kamera rasanya.

Jadi, kesimpulannya, tahun depan kita serang lagi Floria. Mungkin dengan kamera baru, tapi yang penting dengan model yang sama. Auwww!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails