Tuesday, July 13, 2010

Floria Putrajaya 2010


LAPORAN BAHAGIAN PERTAMA

Pada 11 Julai 2010 yang lalu, rombongan yang terdiri daripada 3 orang ahli telah berkunjung ke Festival Bunga dan Taman Putrajaya ataupun lebih dikenali sebagai Floria 2010. Festival ini berlangsung dari 10 hingga 18 Julai 2010 dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya. Hahaha. Boleh dianggap sebagai lawatan sempena harijadi lah kot. Lagipun, dapat menghirup udara segar dan mencari ketenangan di dunia walaupun panas terik dan penuh dengan orang ramai.

Dengan lagak seperti kumbang-kumbang kehausan madu, kami tiba di Putrajaya, lebih tepat Presint 2 hampir tepat jam 12 tengah hari. Keterikan sang mentari tidak dapat melunturkan semangat kami untuk menyaksikan sendiri keindahan bunga-bungaan tempatan.

Cuba bayangkan kawasan seluas 15ekar, pelbagai jenis bunga boleh disaksikan dan berbagai-bagai aktiviti disediakan termasuk beca dan kereta 'baggy' untuk kemudahan pengunjung bersiar-siar.



Namun, disebabkan oleh masa yang terhad, hanya separuh daripada keseluruhan tapak pameran yang sempat dikunjungi pada hari tersebut. Walaupun hanya sempat 2jam di sana, tahniah perlu diucapkan kepada Farazura dan adiknya kerana berjaya bergambar dengan jayanya. Dan hampir juga merakamkan video klip terbaru lagu popular Rahimah Rahim yang bertajuk 'Gadis dan Bunga'.Untuk keterangan lanjut, sila lawati lama Facebook mereka. 

Bagi orang seperti kami yang amat menyanjungi keindahan alam semulajadi, keseluruhan kawasan pameran seumpama syurga di dunia. Penuh dengan warna-warni dan bentuk-bentuk bunga yang amat mengasyikkan untuk dilihat.

Dengan semangat yang tinggi, Insyaallah sabtu yg mendatang kami akan membuat kunjungan lagi. Hahahaha. Kali ini perlulah disapukan 'sunblock' pada bahagian tubuh yang terdedah jika tidak mahu dimamah mentari.

Di sini dilampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua. Silalah berkunjung ke Floria 2010 untuk hidup yang lebih berwarna-warni, jauh daripada tekanan hidup.



















Belum puas lagi dan masih banyak pelusuk pameran yang belum dilawat. Minggu depan kita gempur lagi Floria 2010.

Floria 2010. Tunggu kami datang lagi!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails