Monday, July 5, 2010

Manusia Paling Hipokrit

 

Manusia ini bernama Encik George W Bush. Presiden Amerika Syarikat yang ke-43. Memegang tampuk pemerintahan dari 2001-2009.

Si bangsat inilah yang memulakan 'peperangan ke atas keganasan. Dari perang di Afghanistan sehingga Iraq. Tetapi dia inilah pelakon terbaik di dunia. Pandai melakonkan muka terkejut ketika seorang pegawainya membisikkan di telinga bahawa World Trade Center (WTC) telah dilanggar kapal terbang komersil yang dirampas oleh pejuang Al-Qaeda. Ketika itu si bangsat ini sedang mendengar bacaan cerita di sebuah sekolah rendah.

Yang bodohnya, pada satu wawancara beberapa ketika selepas September 2001, dia mengakui sedih menyaksikan kapal terbang pertama yang melanggar WTC dari kaca televisyen secara langsung tanpa menyedari ketika kapal terbang pertama merempuh WTC, masih belum ada lagi siaran langsung kejadian berkenaan.

Bangsat ini juga yang kononnya ingin 'membebaskan' rakyat Iraq daripada rejim Saddam Hussein pada 2003. Dia ketika mengadakan siaran langsung memberi arahan untuk Saddam dan keluarganya keluar dari Iraq dalam tempoh 48jam kelihatan begitu sedih dan mengalirkan airmatanya. Sedangkan hati siapa yang tahu kebusukannya. Saddam mengingkari arahan itu dan Baghdad diserang bertubi-tubi beberapa jam selepas tempoh tawaran tamat. Si bangsat ini ingin membantu rakyat Iraq kononnya sedangkan rakyat Iraq sendiri tidak mengalu-alukan pertolongan Amerika Syarikat. Mereka sendiri tidak mahu kuasa luar masuk campur dalam hal 'rumahtangga' mereka sendiri. Hanya segolongan rakyat Iraq yang kononnya menerima penaklukan Amerika di bumi Iraq kerana berasa ditindas oleh rejim Saddam.

Propaganda yang membuatkan bangsat ini begitu berani menakluki Iraq sedangkan negaranya beratus-ratus batu jauhnya dari Iraq. Dia menggunakan media, tulisan ataupun kaca tv unutk menujukkan dia benar-benar ikhlas membantu. Ramai yang terpedaya dengan kelembutan gaya percakapan dia, seolah-olah dialah penyelamat dunia. Tapi mujur ramai yang tidak mudah diperdaya dan tidak mempercayai dia malahan mencaci tindakannya.

Bush memang telah diketahui ramai mengenai sikap hipokrit, bermuka-muka dan lakonannya alimnya seperti malaikat. Tapi sedarkah kita, ada ramai lagi di sekeliling kita yang berkelakuan sedemikian? Segala kebaikan dicanang-canang, seolah-olah merekalah yang paling banyak mengaut pahala. Masuk campur dalam hal orang lain tanpa dijemput tanpa merasa aib dan malu. Menunjuk-nunjuk kelebihan, seolah-olah kemuliaan milik mereka. Mereka bijak mengatur babak-babak lakonan untuk memaut hati siapa yang melihat dan bijak menyunting babak-babak yang tidak molek disaksikan oleh penonton-penonton yang menerima bulat-bulat lakonan keji mereka tanpa berfikir.

Seperti Bush, dia amat sedar bahawa dia telah membuat kesilapan besar menyerang Iraq dan menyebabkan kematian ramai penduduk Iraq yang tidak berdose, namun egonya membuatkan dia langsung tidak memohon maaf bukan sekadar terhadap rakyat Iraq tetapi ahli keluarga tenteranya yang telah terkorban.
Golongan sebeginilah yang harus kita berhati-hati. Penampilan dan percakapan lembut bak salju, dalam hati membuak-buak benci. Sama-samalah kita hindari diri kita dari sifat-sifat buruk. Terutamanya yang terlalu berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri itu. Kenal kan?



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails