Thursday, July 1, 2010

Fasha mengaku jalin cinta dengan Rizal




Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
2010/07/01

Pelakon pertimbang akhiri zaman solo

KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha akhirnya mengaku bercinta dengan bekas suami pelakon drama popular, Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli, sejak Mei lalu.

Bagaimanapun, katanya, bukan niatnya untuk bermain tarik tali mengenai status kisah cintanya dengan jejaka yang mesra dengan panggilan Jejai itu.

“Kami kenal sejak tujuh tahun lalu. Cuma sebelum ini, saya sendiri tidak pasti hubungan di antara kami itu betul menguntum cinta atau hanya perasaan seronok berkawan. Usahanya datang ke Pulau Lang Tengah menjadi kenangan istimewa dan jelas menampakkan kesungguhannya memiliki hati saya.

“Saya boleh katakan memang saya bahagia sekarang ini bersamanya. Beliau cukup istimewa dan kami menerima diri masing-masing seadanya. Beliau boleh saya katakan cinta sejati kedua saya selepas berakhirnya kisah cinta saya dengan Shahril (kekasih pertamanya),” katanya ketika ditemui dalam sidang media pelancaran drama Duyung Aridinata semalam di Ampang.

Ditanya lanjut apakah pengumuman dilakukan sebagai isyarat untuknya mempertimbangkan hasrat menamatkan zaman solo, Fasha mengakui secara jujur sehingga setakat ini topik itu bukan menjadi keutamaan baginya mahupun Jejai.

Bagaimanapun, katanya, beliau ada menerima cincin istimewa daripada Jejai ketika pertemuan di Pulau Lang Tengah sebagai tanda kasih cinta mereka.
“Mengaku atau tak, suka atau tidak, saya yakin apa yang saya umumkan ini bukan tiket untuk saya terlepas daripada terus menjadi bahan cemuhan. Jadi kami tidak payah menyembunyikan lagi selepas ini.

“Begitu juga halnya dengan membabitkan keluarga. Soal keluarga pula sama ada mereka suka atau tidak dengan hubungan kami, ia bukan satu masalah apatah lagi hubungan kami belum sampai ke arah perkahwinan. Cuma masing-masing tahu kami bercinta.

“Saya sendiri tidak menyasarkan bila akan berkahwin. Dulu sepatutnya saya sudah berkahwin, tetapi apakan daya tiada jodoh. Dengan Jejai, kalau ada jodoh, adalah. Biarkan ia terjadi secara semula jadi, ” katanya.

Fasha berkata, penjelasan terbuka yang diberikannya ini bukan sebagai alasan menutup gosip yang mengaitkan Jejai yang kononnya mempunyai hubungan dengan aktres, Tiz Zaqyah.

Ulasan


Sekali lagi menunjukkan 'kekepohan' orang media dalam isu percintaan begini. Entah mengapa disanjung sangat kisah-kisah percintaan selebriti. Sampai tergamak memuatkan berita hiburan ini di dalam segmen Nasional. Seolah-olah macam penting sangat berbanding pencapaian NKRA. Bukankah sudah diperuntukkan segmen HIP untuk berita-berita hiburan? Tolonglah. Berita Harian bukan setahun jagung di pasaran. Banyak lagi berita yang lebih penting untuk disampaikan jika hendak dibandingkan dengan cerita Fasha Sandha yang hipokrit dan penipu besar ini. Dulu cakap tak ada hubungan dengan Jejai, sekarang mengaku. Patutnya biar perut memboyot dulu barulah mengaku. Baru kontroversi namanya.

Dulu, ketika Mawi hendak melangsungkan perkahwinannya, setiap hari Harian Metro memaparkan perkembangan majlis. Daripada pasang khemah, lembu tumbang sampailah selepas majlis, bukan main lagi buat liputan. mengalahkan perkahwinan diraja. Bukan setakat itu, ketika Mawi putus tunang dengan Diana Kulai pun, terpampang muka depan. Tolonglah. Jangan terlalu angkat sangat martabat golongan artis. Mereka pun sama seperti orang biasa cuma bezanya mereka selalu di kaca tv dan di radio. Janganlah di suratkhabar pun banyak sangat cerita peribadi mereka. Jika hendak berkahwin pun, bukannya mereka jemput semua yang membaca. Mulut sahaja yang kononnya mempersilakan kita hadir. Sila beri contoh jika ada artis yang boleh dijadikan idola dan panduan.

Artis ini, kalau kita perhatikan, banyak sangat alasan jika telah 'terkantoi' bercinta tapi tidak mahu mengaku. Selalunya alasan diberi adalah:

1) Sekadar kawan biasa.
2) Ingin memberi komitmen dengan karier dahulu.
3) Belum cukup kewangan.

Penipu besar. Bukannya susah sangat nak bahagikan masa. Ramai pasangan artis yang tidak mahu berkahwin kerana sibuk dengan karier artisnya.

Cukuplah menyanjung artis. Bukan tidak boleh bercerita langsung tentang hal hibran, tapi biar berpada-pada dan bertempat.

Jadi sebagai hiburan untuk meredakan kemarahan, mari berhibur dengan kelunakan suara Diana Kulai. Semoga terhibur dan selamat beramal!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails