Tuesday, July 6, 2010

Illuminati dan Freemason di Malaysia?


Tahukah anda tentang Freemason dan Illuminati? Pergerakan ini daripada keturunan ke keturunan telah wujud sejak dari zaman Firaun di Mesir lagi. Mereka telah bersekongkol dengan Dajjal untuk menghancurkan manusia di atas muka bumi ini melalui pertelingkahan yang terancang, malah turut merasuk manusia dengan hiburan dan seni-seni binaan yang menagungkan Dajjal. Untuk keterangan yang lebih mendalam, berusahalah unutk mencari maklumat mengenai pergerakan ini di internet. Ataupun yang lebih grafik, muat turun siri 'The Arrivals' di Youtube. Anda pasti akan berasa gentar dan marah akibat telah ditipu hidup-hidup oleh golongan durjana ini.

Benarkah pergerakan Illuminati dan Freemason telah sampai di Malaysia? Jika benar sesuatu harus dilakukan. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, adalah dikhuatiri pergerakan ini telah merebak di seluruh negara. Beberapa pihak telah mengesahkan melihat simbol 'ALL SEEING EYE' yang menjadi simbol kepada pergerakan syaitan ini di Malaysia dah telah mengirimkan untuk tatapan umum. Gambar yang dikirim adalah seperti di bawah:


Hati-hati. Pergerakan anda sedang diperhati. Kelajuan anda diperhatikan. Ikutilah had laju yang ditetapkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails